Soalan-soalan Lazim 2

F.A.Q : SOALAN-SOALAN LAZIM NONA ROGUY (NR) sambungan bahagian 2.

 

Senarai Soalan-Soalan Lazim yang kami sering terima. Semoga dapat membantu anda untuk lebih memahami produk & amalan pemakanan Nona Roguy (NR).

 

  1. Apakah benar pengamalan Mustajab Lawas Segar boleh meningkat/menambahkan lagi selera makan seseorang itu ?
     
  2. Mengapa kadangkala sebaik memulakan pengamalan rangkaian pembersihan dalaman, pengamal mengalami kekerapan pengulangan pembuangan air besar seolah-olah ‘cirit- birit’ ?
     
  3. Apakah pengamalan produk herba pembersih dalaman boleh menimbulkan masalah dehidrasi/kehilangan air dalam tubuh ?
     
  4. Sekiranya pembuangan harian air besar seseorang itu berlaku setiap hari/normal, apakah masih perlu bagi mereka mengambil Mustajab Lawas Kencang atau PhytoCleanse Plus ?
     
  5. Adakah mungkin berlaku sebarang kesan sampingan selepas pengambilan produk pembersih dalaman ?
     
  6. Mengapakah tidak disyorkan pengambilan herba Phytox semasa memulakan program proses Pembersihan ?
     
  7. Apakah benar dakwaan sesetengah orang yang mengatakan produk Nona Roguy hanya dikhususkan untuk amalan wanita berkahwin sahaja ?
     
  8. Bolehkah saya turut mengambil perubatan moden semasa mengamalkan herba Nona Roguy ?
     
  9. Bolehkah turut diambil serentak ubatan atau jamu tradisional lain yang terdapat di pasaran bersama herba Nona Roguy ?
     
  10. Semasa mengamalkan produk Nona Roguy, perlukah dihenti atau menghadkan pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman ?
     
  11. Bolehkah wanita hamil mengamalkan herba Nona Roguy ?
     
  12. Apakah perbezaan diantara Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika ?
     
  13. Apakah perbezaan di antara Herbanika Uncang Cuci dan Barra Herba Gel ?
     
  14. Telah banyak yang saya dengar tentang produk herba pelembap dan penyegar dalaman, bolehkah diberikan penerangan apakah dia itu dan kegunaannya ?
     
  15. Bagaimanakah cara pengambilannya Herba Pelembab Dalaman Madu Tenaga Segar dan Madu Nona Harmonis ?
     
  16. Adakah terdapat sebarang produk khas untuk amalan wanita selepas melahirkan ?
     
  17. Bagaimana cara untuk mengamal dan mengunakan produk Herbanika bersalin dengan betul semasa dalam tempoh berpantang ?
     
  18. Bolehkah rangkaian Herbanika Bersalin turut diamal dan digunakan oleh individu lain sebagai penjagaan kesihatan harian mereka ?
     
  19. Apakah produk herba yang disyorkan untuk membantu menurunkan tahap kolestrol ?
     
  20. Mengapakah harga produk herba Nona Roguy mahal berbanding dengan produk–produk herba lain di pasaran ?
     
  21. Apakah produk yang disyorkan bagi wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan ?
     
  22. Apakah produk bagi merawati masalah Ketidak suburan bagi kaum lelaki ?
     
  23. Saya masih menyusukan bayi yang berusia 3 bulan, adakah selamat untuk saya meneruskan susuan sekiranya saya mengamalkan herba pembersih dalaman atau produk Herbanika. Adakah ia akan mendatangkan kemudaratan terhadap bayi saya ?

klik disini untuk ke Soalan 1 hingga 20.

Jawapan lengkap untuk Soalan-soalan Lazim di atas.

21. Apakah benar pengamalan Mustajab Lawas Segar boleh meningkat/menambahkan lagi selera makan seseorang itu ?
Tidak benar!, Pertama sekali perlulah difahami fungsi utama Mustajab Lawas Segar:- dimana ia berfungsi membantu proses pembersihan dan penyegaran kembali tisu dalaman dan luaran tubuh dengan cara mengantikan sel dan tisu lama dengan yang baru. Pengamalan Mustajab Lawas Segar berupaya membantu memperlambatkan proses penuaaan. 

Bagi sesetengah pengamal baru sebaik sahaja memulakan pengamalan Mustajab Lawas Segar mungkin akan berasa lebih lapar dan selera mereka juga mungkin bertambah dari hari biasa yang menyebabkan mereka menyalahanggapkan kesan perubahan ini sebagai punca peningkatan nafsu makan dan dengan cepat mengisi perut mereka dengan "makanan". 

Pada hakikatnya sebaik memulakan pengamalan herba Lawas Segar peningkatan rasa lapar atau lebih berselera itu merupakan sebahagian dari kesan "proses pemulihan atau penyembuhan sistem organ dalaman tubuh" yang telah berjaya mengesan kekurangan sumber nutrisi dalaman tubuh dan bukannya bahan makanan yang perlu segera ditambah. Anda tidak perlu kuatir oleh kerana peningkatan selera makan itu hanya akan berlaku buat sementara waktu sahaja antara 7-14 hari dimana ia akan kembali kepada situasi normalnya. 

Semasa melalui krisis penyembuhan, sila pastikan pengambilan diet harian anda bersesuaian mengikut keperluan tubuh anda. 

Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan:-

Elak / kurangkan pengambilan makanan yang terlalu berlemak, berkanji dan manis. 

Bagi individu yang ingin menaikkan berat badan:-

Cuba minum Resepi Susu Badam (1 gelas susu yang dikisar bersama 1-2 sudu teh serbuk kacang badan, 1 sudu teh madu lebah dan 1 biji kuning telur ayam sehingga menjadi seperti milkshakes) dan juga pengambilan diet jenis berkhasiat yang lain. 

Bagi individu yang ingin mengawasi /memastikan kesihatan:-

Ikutilah diet yang seimbang tanpa pengambilan secara keterlaluan makanan jenis berlemak sehinggalah melewati krisis penyembuhan itu.

Kembali ke atas ^

22. Mengapa kadangkala sebaik memulakan pengamalan rangkaian pembersihan dalaman, pengamal mengalami kekerapan pengulangan pembuangan air besar seolah-olah ‘cirit- birit’ ?
Herba pembersihan dalaman Nona Roguy adalah tersangat unik dimana proses purifikasi dan pembersihannya akan terus berlaku selagi mana sisa toksik dapat dikesan dalaman sistem tubuh. Penghasilan keluaran sisa najis yang dikeluarkan berbentuk cair secara lebih kerap, lazimnya yang disamakan seperti dalam kes cirit birit / diarea itu sebenarnya merupakan eliminasi pemelekatan lapisan bertoksik, kotoran degil dan lemak disepanjang celahan dan lipatan saluran penghadaman kita. 

Menurut pendapat pakar perubatan dalam bahagian gastro usus, ‘pergerakan organ usus sebanyak 5 kali sehari’ merupakan salah satu kaedah terbaik bagi memastikan pengeluaran sisa buangan dan keracunan dalaman dan adalah cara terbaik bagi membantu memastikan pemeliharaan kesihatan usus dan tubuh. 

Bagi membantu mencegah dan memulihkan dari mengalami masalah dihidrasi semasa melalui proses pembersihan, selain minuman harian Akar Herbanika, anda turut dinasihatkan agar memperbanyakkan untuk minum air suling dan jus buah-buahan.

Kembali ke atas ^

23. Apakah pengamalan produk herba pembersih dalaman boleh menimbulkan masalah dehidrasi/kehilangan air dalam tubuh ?
Ya !. Hampir kesemua produk pembersihan yang terdapat dipasaran boleh mengakibatkan dehidrasi ,walaubagaimanapun pengamalan produk pembersih dalaman Nona Roguy tidak akan menimbulkan masalah dehidrasi / kehilangan air yang serius/kuat kepada pengamalnya sekiranya anda mengambil jenis herba berserta dosej yang bersesuaian dengan sistem pembuangan harian air besar anda sendiri . 

Untuk mencegah dari mengalami dehidrasi ,anda juga perlulah memastikan pengambilan sekurang-kurangnya setengah galon atau lebih kurang 6-8 gelas "air bersih (distil @ air suling)" di samping minuman Akar Herbanika, jus buah-buahan walaupun pada hari anda tidak melakukan pembersihan. Perlu diingatkan bahawa minuman seperti minuman ringan, bergas, kopi dan teh tidak dikira sebagai minuman.

Kembali ke atas ^

24. Sekiranya pembuangan harian air besar seseorang itu berlaku setiap hari/normal, apakah masih perlu bagi mereka mengambil Mustajab Lawas Kencang atau PhytoCleanse Plus ?
Mereka boleh dikecualikan dari pengambilan kedua-dua herba di atas sekiranya:-

Berupaya untuk mengadakan pergerakan pembuangan harian air besar setiap hari secara teratur dan terasa puas dengan setiap pembuangan.

Telah berjaya mengatasi masalah sembelit.

Akan tetapi , bagi membantu memastikan proses pembersihan bahagian sistem usus kecil dan besar berlaku secara optimum teramat disyorkan bagi setiap individu untuk meneruskan pengambilan sekurang-kurangnya 1-2 kali setiap minggu Mustajab Lawas Kencang atau PhytoCleanse Plus bergantung kepada jenis perawatan yang diikuti. 

Pengambilannya juga boleh membantu memantapkan tubuh dan menurunkan berat badan terutama bagi individu yang mengalami masalah obes.

Kembali ke atas ^

25. Adakah mungkin berlaku sebarang kesan sampingan selepas pengambilan produk pembersih dalaman ?
Pertama sekali ,kita tidak menganggapkannya sebagai kesan sampingan akan tetapi sebagai ‘proses penyembuhan atau pemulihan ’. Produk pembersih dalaman Nona Roguy kebiasaannya tidak menghasilkan sebarang simptom ketidakselesaan melampau kesan proses penyembuhan pada hampir kesemua para pengamal produk herba ini melainkan kekerapan pengulangan ketandas untuk mengadakan pembuangan air besar. 

Walaubagaimanapun dalam usaha mengeluarkan keracunan dan parasit yang mungkin terdapat dalam sistem tubuh , untuk jangkamasa antara 2-3 hari pertama setelah memulakan pengamalan herba semasa melalui proses pembersihan itu , sesetengah individu berkemungkinan akan berasa letih, rasa mengantuk , kembung perut, pening / berat kepala, kekejangan ringan bahagian otot, iritasi dan kemerahan pada sebahagian kulit dsbnya. Sekiranya ini berlaku, anda tidak perlu merasa kuatir oleh kerana selepas melalui proses pemulihan dalam jangka masa yang singkat itu, anda akan berasa lebih sihat dan bertenaga dari sebelumnya.

Kembali ke atas ^

26. Mengapakah tidak disyorkan pengambilan herba Phytox semasa memulakan program proses Pembersihan ?
Sekiranya pada peringkat awalan proses pembersihan anda mengamalkan terus herba Phytox (herba pembersih rapi dalaman), besar kemungkinan anda akan mengalami ketidakselesaan kesan proses pembongkaran yang lebih ketara dari tahap yang ringan hinggalah ketahap sederhana. 

Pengamalan rangkaian herba pembersih dalaman terlebih dahulu sepertimana yang disyor atau dinasihatkan oleh para perunding kesihatan syarikat akan dapat membuka ruang yang lebih mudah / lancar bagi herba pembersih dalaman rapi (Phytox) menjalankan fungsinya tanpa perlu menempuhi proses penyembuhan dan pembongkaran yang terlalu ketara . Sekranya ia timbul maka ia hanya berlaku secara berperingkat dan tidak berturutan.

Kembali ke atas ^

27. Apakah benar dakwaan sesetengah orang yang mengatakan produk Nona Roguy hanya dikhususkan untuk amalan wanita berkahwin sahaja ?
Tidak benar !, Rangkaian produk Nona Roguy bukan sahaja hanya dikhaskan untuk amalan wanita yang sudah berkahwin sahaja malah ia turut boleh dan teramat disyorkan sebagai salah satu sumber makanan kesihatan tambahan harian yang selamat untuk amalan kaum lelaki , wanita pada sebarang usia, golongan tua, remaja, kanak-kanak dan juga bayi. 

Secara umumnya hampir kesemua produk Nona Roguy kecuali Madu Nona Harmonis adalah selamat untuk diamalkan oleh semua individu tanpa mengira samada mereka berpenyakit atau mengalami gangguan kesihatan ataupun yang ingin mengamalkannya bagi tujuan penjagaan kesihatan tubuh. Yang penting ialah pemastian pengesyoran dosej / sukatan herba akan diberikan mengikut umur, keperluan dan masalah setiap individu.

Kembali ke atas ^

28. Bolehkah saya turut mengambil perubatan moden semasa mengamalkan herba Nona Roguy ?
Boleh !. Semasa mengamalkan Herba Nona Roguy, anda juga boleh meneruskan pengambilan sebarang ubat-ubatan hospital. Setakat ini kami tidak menerima sebarang lapuran kurang baik hasil interaksi / tindakbalas pengambilan ubatan hospital bersama herba Nona Roguy. Anda juga boleh turut mengambil vitamin, Jeli Raja, Madu Lebah, semasa menjalani rawatan hospital seperti Kimoterapi, Radium selepas pembedahan, D & C atau rawatan erosi servikal (kauterisesi / pembinasaan tisu) . Anda hanya dinasihatkan agar mengambil sebarang medikasi perubatan dari hospital 1-2 jam lebih awal sebelum mengamalkan herba Nona Roguy. 

Bagi pesakit yang sedang atau telah menjalani rawatan Kimoterapi atau Radium / radioterapi, teramat disyorkan mereka mengamalkan setiap hari minuman 3-4 mug Akar Herbanika bagi membantu mengurangkan kesan sampingan yang mungkin dihadapi selepas melalui kedua-dua rawatan itu. Keberkesanannya telah dibuktikan.

Kembali ke atas ^

29. Bolehkah turut diambil serentak ubatan atau jamu tradisional lain yang terdapat di pasaran bersama herba Nona Roguy ?
Tidak boleh !, Anda ditegah dan tidak disyorkan sama sekali untuk cuba mengabungkan secara serentak pengambilan herba Nona Roguy bersama sebarang preparasi / persediaan jamu tradisional lain kerana dikuatiri berkemungkinan boleh mengakibatkan penimbulan percanggahan dosej atau pengambilan kuantiti herba secara keterlaluan. Ini boleh menimbulkan kesan negatif yang boleh menimbulkan ketidakselesaan serta mengundang kemudaratan kepada tubuh si pengamal.

Kembali ke atas ^

30. Semasa mengamalkan produk Nona Roguy, perlukah dihenti atau menghadkan pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman ?
Tidak perlu sekiranya anda tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Akan tetapi sekiranya anda sedang mengalami masalah penyakit dan sedang mengikuti program perawatan penyembuhan maka tersangat penting untuk anda mengikuti dan mematuhi semua garis panduan diet berupa nasihat dan pantang larang pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman sepertimana yang disyorkan. Ini bagi memastikan jangkamasa proses penyembuhan dapat berlaku pada kadar waktu yang lebih cepat. 

Limitasi pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman itu boleh dikurangkan atau dihentikan sebaik sahaja mendapat pengesahan dari pihak doktor yang anda telah sembuh dari masalah /penyakit yang dihadapi. Walau bagaimanapun teramat dinasihatkan agar setiap individu yang ingin memastikan pemeliharaan kesihatan tubuh mereka untuk terus mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil makanan dalam skala yang sederhana pada setiap masa.

Kembali ke atas ^

31. Bolehkah wanita hamil mengamalkan herba Nona Roguy ?
Ya boleh! Wanita sedang hamil juga boleh dan selamat untuk mengamalkan rangkaian herba pembersih dalaman Nona Roguy asalkan ia diambil mengikut dosej dan aturan cara pengamalan sepertimana yang disyorkan. 

Bagi tujuan pemeliharaan kesihatan ibu dan janin sepanjang tempoh kehamilan:-

Adalah disyorkan ibu hamil mengamalkan minuman Akar Herbanika 1 cawan 2-3 kali setiap hari bagi membantu memastikan kebersihan dalaman sistem tubuh dan menguatkan darah, hati, buah pinggang, rahim dan pundi kencing ibu hamil. Ia juga dapat membantu memelihara kesihatan bayi dalam kandungan serta memastikan proses kelahiran bayi dengan lebih bertenaga dan mudah. 

Formulasi herba yang dinasihatkan untuk amalan ibu hamil sebanyak 2-3 kali seminggu atau secara selang sehari adalah:

Selain dari pengamalan minuman kesihatan harian Akar Herbanika, turut disyorkan pengamalan:- ½ -1 skop serbuk Mustajab Lawas Angin + ½-1 skop Mustajab Lawas Segar yang boleh diambil secara individu atau secara gabungan (sekiranya anda lebih mengemari pengambilan dalam bentuk tablet maka amalkanlah 1-2 tablet PhytoCleanse . 

Bagi ibu hamil yang mengalami masalah sembelit:-

Selain dari pengamalan minuman kesihatan harian Akar Herbanika, turut disyorkan penambahan pengambilan secara selang sehari :- ½-1 skop Mustajab Lawas Kencang atau 2 tablet PhytoCleanse Plus. 

Nota:- Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi dan berkonsultasi dengan perunding kesihatan kami melalui telefon, emel atau datang ke outlet kami.

Kembali ke atas ^

32. Apakah perbezaan diantara Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika ?
Minyak Berubat Mustajab merupakan minyak sapuan harian serbaguna untuk kegunaan seisi keluarga. Mengandungi estrak Minyak kelapa Hijau, Kayu Putih ,Serai dan Sireh. Minyak sapuan ini terkenal dengan khasiat pelembap, antiseptik, depuratif dan astrigen. Berkesan sebagai sapuan penjagaan kesihatan harian dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki yang boleh digunakan bagi mereka yang sihat atau berpenyakit. 

Antara khasiat pengunaannya membantu memelihara kesihatan sulit wanita selepas bersama,semasa dan selepas haid dan juga semasa kehamilan, melegakan masalah pengembungan dan sakit perut, batuk berterusan, sinusitis sederhana, sakit kepala, sakit telinga, sakit gigi dan gusi, rasa kebas, pembengkakan ringan tulang penyambung, sakit otot, kekejangan perut, kabur penglihatan, terseliuh, melecur, luka dan lebam, mengurangkan masalah kelemumur, penguguran rambut dan memperbaiki keadaan yang lebih sihat untuk pertumbuhan rambut. 

Penuangan Minyak Berubat Mustajab ke atas tuala wanita sepanjang kedatangan darah haid akan membantu menyegar dan memperlancarkan aliran darah haid. Pengunaannya juga dapat membantu melegakan iritasi bahagian sulit kesan lelehan sulit semasa hamil. Bagi kaum lelaki pula , amalan pengunaannya sebagai minyak sapuan dan urutan harian berupaya membantu mengembalikan kekuatan tenaga kelakian. 

Minyak Herbanika pula merupakan minyak sapuan bersifat perubatan rapi juga berkhasiat pelembab, emolien, antiseptik depuratif dan karminatif. Lebih banyak digunakan dalam rawatan penyembuhan masalah penyakit jenis yang berat. Digunakan dengan berkesan dari bahagian kepala sehinggalah ke hujung kaki bagi membantu memperbaiki aliran / sirkulasi darah, mempercepatkan penyembuhan hasil pembedahan seperti pembedahan kelahiran / ceasarian dan luka episiotomi dengan sapuan secukupnya di bahagian sekitar perut, belakang, kawasan pelvis dan alat sulit selepas kelahiran. Merupakan minyak sapuan anti stres bagi ibu-ibu selepas bersalin. Ia juga membantu melegakan masalah vena varikos (pengembangan dan penimbulan urat saraf), kekejangan otot, mengurang dan meredakan masalah pembengkakan tulang penyambung yang berat dan mengurangkan tanda perengangan kulit. 

Pengunaan harian semasa menjalani rawatan pantang bersalin akan membantu mengejabkan dan memperbaiki kembali tona otot tubuh yang menggeleber dan payudara yang kendur. Untuk perehatan yang sepenuhnya bagi meredakan kekejangan otot tubuh dan menghilangkan stres / tekanan, sapu dan urutlah ke seluruhan tubuh bermula dari hujung rambut sehingga kehujung kaki dengan Minyak Herbanika dan Minyak Zaitun yang dipanas suamkan.

Kembali ke atas ^

33. Apakah perbezaan di antara Herbanika Uncang Cuci dan Barra Herba Gel ?
Herbanika Uncang Cuci merupakan formulasi herba pembersih luaran penjagaan peribadi harian atau 3 kali seminggu bercirikan antiseptik dan astrigen bagi kegunaan lelaki dan wanita. Didatangkan dalam bentuk paket uncang yang perlu direbus atau direndam dalam air panas mendidih bagi mendapatkan kesan yang lebih baik. Ia merupakan agen pembersihan yang efektif apabila digunakan sebagai pembersih bahagian sulit wanita semasa dalam tempoh berpantang dan semasa kedatangan darah haid. 

Ia juga sesuai dibuat sebagai rendaman, cebukan, stimwap, mandian rendaman dan tuaman bagi meredakan kesakitan otot dan pembengkakan. Mujarab bagi masalah lelehan sulit, buasir, resdung, infeksi kulat dan irritasi kulit yang kronik. 

Barra Herba Gel mengandungi estrak daun sireh sebagai kandungan utamanya merupakan gel pembersihan aromaterapi untuk kegunaan harian seisi keluarga. Bercirikan antiseptik dan astrigen, ia mudah digunakan dengan hanya penuangan terus dari botol sebagai penyegar harian pembersih kewanitaan semasa dan selepas haid, semasa hamil dan selepas melahirkan. Ia juga membantu mereda dan mengatasi masalah iritasi kulit dan infeksi kulat lelaki, wanita ,kanak-kanak dan bayi. 

Sebagai syampo tubuh, ia membantu menghilangkan bau badan dan bertindak sebagai skrab kulit kepala untuk mengatasi masalah kelimumur, kegatalan kulit kepala dan mengurangkan keguguran rambut. 1-2 titik gel Barra membantu pembersihan harian lazim bahagian muka bagi mereda dan mengatasi masalah kulit dan sinusitis. Setelah sembuh lakukan ia seminggu sekali.

Kembali ke atas ^

34. Telah banyak yang saya dengar tentang produk herba pelembap dan penyegar dalaman, bolehkah diberikan penerangan apakah dia itu dan kegunaannya ?
Produk pelembap dan penyegar dalaman kami yang terkenal terdiri dari Madu Tenaga Segar dan Madu Nona Harmonis. Formulasi turun temurun sejak berabad warisan Nona Roguy ini terkenal sebagai penyegar dan pelembap sistem organ dalaman yang membantu kesihatan am tubuh.

Madu Tenaga Segar:- Merupakan pes herba gabungan madu lebah asli dan herba terdiri dari Jintan Hitam dan rempah ratus terpilih. Ia adalah makanan kesihatan tambahan yang terbaik untuk amalan seiisi keluarga. Antara khasiat pengamalannya ialah membantu memperkuat dan mempertahankan sistem immun, membantu melega dan mengatasi masalah kahak berlebihan, batuk berpanjangan, kesesakan bernafas berkaitan dengan asma @ lelah, infeksi bronkial/paru-paru sederhana, kekejangan haid, aliran haid yang sedikit, rendah kiraan sperma, lemah nafsu syahwat, letih dan kurang darah. Pengamalan harian Madu Tenaga Segar akan membantu menambahkan tenaga kelakian dan kewanitaan. 

Madu Nona Harmonis:- Formulasi 1001 malam pes herba khusus untuk amalan wanita berkahwin atau usia 35 tahun keatas yang diakui bermutu tinggi serta berkhasiat membantu menambah @ memperbaharui tenaga dan daya rangsangan seksual. Terbukti berkesan membantu menyuburkan kembali fungsi sistem reproduktif wanita, menguatkan rahim , membentuk otot faraj yang lebih kejab,mengimbangi masalah ketidakseimbangan hormon dan terkenal berkhasiat dalam pengurusan masalah pra dan pos menopos.

Kembali ke atas ^

35. Bagaimanakah cara pengambilannya Herba Pelembab Dalaman Madu Tenaga Segar dan Madu Nona Harmonis ?
Dosej/sukatan Madu Tenaga Segar untuk pemeliharaan kesihatan:-

  • Dewasa (wanita dan lelaki)-sebelum sarapan ½ -1 sudu teh 3 x seminggu.
  • Kanak-kanak- sebelum atau selepas sarapan ¼- ½ sudu teh 3 x seminggu.

Dosej/sukatan bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan:

  • Dewasa (wanita dan lelaki)-setiap hari sebelum sarapan-1 sudu teh diamalkan bersama minuman Akar Herbanika.
  • Kanak-kanak-setiap hari sebelum atau selepas sarapan - 1/2 sudu teh diambil bersama air suam panas.
  • Bayi 3 bulan keatas- 2-3x seminggu: ¼ sudu teh dicairkan dengan air suam panas .

Bagi wanita yang mengalami masalah senggugut - amalkan Madu Tenaga Segar bersama Akar Herbanika yang direbus bersama hirisan halia tua dan ditambahkan dengan Madu Lebah bagi menguatkannya. 

Peringatan ! 

Bagi mereka yang mengalami masalah darah tinggi dan kencing manis,sila dapatkan khidmat nasihat dari perunding kesihatan Nona Roguy sebelum mengambil Madu Tenaga Segar untuk dosej / sukatan yang betul.

Dosej/sukatan Madu Nona Harmonis untuk tujuan pemeliharaan kesihatan wanita:-

  • Sebelum sarapan ½ -1 sudu teh 3 x seminggu.

Dosej/sukatan bagi wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon:

  • 1 sudu teh boleh diambil 1 atau 2 x sehari sebelum sarapan dan sebelum makan malam bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi .
  • Madu Nona Harmonis tidak disyor untuk diamalkan oleh wanita semasa 5 hari pertama ketika kedatangan haid dan semasa sedang hamil kecuali disarankan oleh perunding kesihatan Nona Roguy.

Peringatan !

Bagi wanita yang mengalami masalah darah tinggi , kencing manis dan masalah penyakit puan yang serius, sila dapatkan terlebih dahulu khidmat nasihat dari perunding kesihatan Nona Roguy sebelum mengambil Madu Nona Harmonis untuk dosej / sukatan yang betul.

Kembali ke atas ^

36. Adakah terdapat sebarang produk khas untuk amalan wanita selepas melahirkan ?
Ya ada ! Diikenali sebagai Rangakaian Herbanika Bersalin dirumus khas bagi penjagaan kesihatan dan penjagaan kecantikan ibu semasa menjalani tempoh berpantang selepas bersalin . Ia terdiri dari tablet Mustajab PhytoNatal, Akar Herbanika (kedua-duanya diambil secara oral), Uncang Cuci Herbanika, Herbanika Lulur, Herbanika Barut dan Minyak Herbanika (kegunaan luaran). 

Antara khasiat Pengamalan harian tablet PhytoNatal dan minuman Akar Herbanika :- dapat membantu mengeluardan membersihkan penimbunan kotoran bertoksik, darah beku, air berlebihan, lemak,dan kotoran hasilan air kencing. Ia juga membantu menguat dan mempercepatkan proses pengecutan rahim dengan mengaktifkan hormon yang mengimbangi sistem tubuh dan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti penghasilan susu ibu. 

Telah diakui melalui pengamalan tablet PhytoNatal Nona Roguy dapat membantu memelihara kesihatan ibu dengan mencegah dan mengatasi masalah depressi (kemurungan perasaan ibu selepas bersalin), tekanan dan lemah. 

Rangkaian produk penjagaan luaran kesihatan dan kecantikan Herbanika pula berupaya membantu melega masalah sejuk-sejuk, kebas, mengurangkan pengeleberan dan memperkecilkan kesan jaluran perengangan, pigmentasi mengejab, menyegarkan kembali payudara, otot tubuh dan mengalakkkan kelangsingan tubuh yang lebih berbentuk.

Kembali ke atas ^

37. Bagaimana cara untuk mengamal dan mengunakan produk Herbanika bersalin dengan betul semasa dalam tempoh berpantang ?
Amalan Minggu Pertama - 

Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari. Anda boleh melakukan penyediaan ini dengan cara merebuskan 5 paket uncang Akar Herbanika bersama 1 liter air.Tuangkan kedalam flask atau termos untuk mengekalkan kepanasannya. Tambahkan 1 sudu teh madu lebah asli setiap kali hendak minum. Minum suam panas. 

Amalan PhytoNatal sepanjang tempoh berpantang -

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal:- Amalkan 2-3 tablet Phyto Natal 1 x sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika. 

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sensitif:- Amalkan 1-2 tablet Phyto Natal 1 x sehari atau secara selang sehari bermula hari ke 4 atau seminngu selepas melahirkan dan diteruskan sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika. 

Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit:- Amalkan 5-10 tablet Phyto Natal 1 x sehari seabagi amalan harian atau 5 tablet waktu pagi dan 5 tablet lagi sebelum tidur. Amalan diatas ini perlu dimulakan sejurus selepas melahirkan atau dari hari ke 4 dan diteruskan pengambilannya sehingga 30- 100 hari. Untuk mendapat kesan yang lebih baik, amalkannya bersama minuman Akar Herbanika. 

Untuk Pengunaan Harian Luaran Tubuh (hari 1 – 40)

Sapukan Minyak Herbanika ke bahagian atasan perut, bawahan dan sekitar perut dan bekas jahitan bagi penyembuhan segera luka bekas jahitan untuk ibu yang melahirkan secara pembedahan atau episiotomi. Untuk memperbaiki aliran darah , lumurkan secukupnya kebahagian belakang pinggang, celahan dalam peha, peha dan kaki dengan urutan lembut . Sapukan 2-3 x sehari. 

Penjagaan harian peribadi. 

Bersihkan terlebih dahulu bahagian sulit dengan air suam.Tuangkan 1-2 titik Barra Gel ke bahagian kawasan sulit. Bersih dan lakukan cucian secara keseluruhannya dengan air suam. Kesat kering.Tuang basahkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita / pad sebelum memakainya dengan selesa. 

Herba Pembersih harian tubuh. 

Semasa menjalani tempoh berpantang 30-40 hari , bagi membantu memberikan kesegaran pada tubuh , gunakan Barra Gel sebagai pembersih bahagian kulit tubuh dan juga dikawasan payudara, lakukan gosokan lembut. Mandi dengan air suam panas.Cuci rambut dengan air paip dan kesat kering. Ini adalah bagi mencegah kepanasan dan pening kepala. 

Untuk pemeliharaan payudara. 

Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi pengeluaran susu. Sekiranya mendapati berlaku pembengkakan, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan lekapkan perlahan-lahan kebahagian payudara yang mengalami pembengkakan. Ulangi prosedur diatas sehingga pembengkakan surut. Kesat kering. Sapu dan lumurkan pula Minyak Herbanika sekali lagi kebahagian payudara.Sekiranya hendak menyusui bayi ,pastikan terlebih dahulu membersihkan bahagian puting anda dari kesan minyak.

Kembali ke atas ^

38. Bolehkah rangkaian Herbanika Bersalin turut diamal dan digunakan oleh individu lain sebagai penjagaan kesihatan harian mereka?
Ya boleh ! Oleh kerana herba PhytoNatal menjalankan tugasan pembersihan secara lembut maka ia turut boleh diamalkan dengan selamatnya oleh kaum wanita dan lelaki bagi membantu meningkatkan kesihatan harian tubuh mereka yang telah lanjut usia, mengalami masalah pembuangan air besar jenis normal atau terlalu sensitif, yang mengalami masalah pengumpulan lebihan angin dalam tubuh, mengalami inkontinansi pengencingan dan masalah kesakitan dan sengal atau bisa otot dan sendi. Herba-herba lain yang terdapat dalam rangkaian herbanika bersalin juga turut boleh digunakan dengan selamatnya oleh semua individu tanapa mengira usia dan jantina.

Kembali ke atas ^

39. Apakah produk herba yang disyorkan untuk membantu menurunkan tahap kolestrol ?
Pertama sekali untuk kekal sihat, seseorang itu hendaklah mempunyai disiplin dan ketetapan mengamalkan pengambilan diet harian yang betul dan selalu bersenam yang mana ia dapat membantu menurunkan dan mengawal tahap kolestrol.. Kedua disyorkan untuk anda memulakan pengamalan harian herba Pembersih Dalaman Rapi Nona Roguy iaitu Phyto Detox dan minuman anti oksidan Akar Herbanika 3 x setiap hari selama 3 bulan. Kedua-dua herba itu merupakan produk yang disyorkan dan telah terbukti berupaya membantu mempercepatkan proses penurunan dan pengawalan tahap kolestrol.

Kembali ke atas ^

40. Mengapakah harga produk herba Nona Roguy mahal berbanding dengan produk–produk herba lain di pasaran ?
Produk herba Nona Roguy mungkin agak mahal jika dibandingkan dengan kebanyakkan formula herba tradisional yang terdapat dipasaran masa kini akan tetapi perlu diingatkan bahawa kami mengunakan hanya bahan mentah yang berkualiti tinggi dalam formulasi herba kami. Kesan positif hasil pengamalan rangkaian produk kami kebiasaannya dapat dirasai dan dilihat dalam jangkamasa 1 minggu pengambilan dosej atau applikasi/pengunaan herba. 

Setiap individu yang mengunakan produk kami pada permulaan perawatan ( 1-6 bulan) mungkin terpaksa melabur/membayar kos yang lebih walau bagaimanapun untuk jangkamasa panjang ia akan lebih menjimatkan wang mereka kerana produk Nona Roguy berupaya menjalankan fungsi membantu tubuh dalam proses penyembuhan secara lebih cepat dan selepas itu mereka hanya perlu mengambil produk itu sekali sekala bagi tujuan penyelenggaran pemeliharaan kesihatan.

Kembali ke atas ^

41. Apakah produk yang disyorkan bagi wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan?
Terlebih dahulu, perlulah diketahui tidak ada sebarang ubatan moden termasuklah herba tradisional yang dapat membantu sekiranya ia melibatkan masalah struktural/rangka yang menyebabkan ketidaksuburan atau faktor ketidaksuburan / infertiliti yang berpunca dari masalah genetik yang serius . Oleh kerana itu adalah mustahak untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dan pengesahan punca penyebab kegagalan seseorang itu untuk hamil dari doktor perubatan (bahagian O & G). Ini untuk memastikan anda menerima perawatan yang betul. 

Pengamalan rangkaian produk herba Nona Roguy yang istimewa khusus untuk diikuti dalam program kesuburan untuk jangkamasa 3-6 bulan terdiri dari pembersih dalaman ( Lawas Angin / Lawas Segar / Lawas Kencang, Akar Herbanika , Mustajab Phytox dan herba penyegar dan pelembap dalaman Madu Tenaga Segar dan Madu Nona Harmonis berupaya membantu memulihkan fertiliti / kesuburan di samping memastikan kesihatan sistem reproduktif wanita dalam tahap yang baik bagi mempertingkatkan peluang mereka untuk berjaya mengandung. 

Selain dari pengamalan herba-herba di atas ,anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan 1 gelas setiap hari minuman "Resepi Susu kamasutra" . Dengan mengikuti program rawatan kesuburan istimewa ini di samping resepi istimewa minuman kamasutra, telah terbukti ia juga dapat membantu memperbetulkan keseimbangan hormon di samping mengawal proses ovulasi dan mengalakkan produksi telur/ovum yang lebih sihat.

Nota :
Untuk mendapatkan cara pengamalan herba khas untuk masalah anda , sila hantar hantar emel anda melalui laman web kami, di bahagian hubungi kami.

Kembali ke atas ^

42. Apakah produk bagi merawati masalah Ketidak suburan bagi kaum lelaki ?
Pertama sekali dapatkan terlebih dahulu diagnosis / pengesahan yang betul dari doktor akan punca penyebab ketidaksuburan anda. Sekiranya ia bukan berpunca dari masalah struktural / rangka dan genetik maka peluang untuk mengatasi masalah ketidaksuburan itu adalah lebih cerah.

Anda boleh memulakan terus pengamalan rangkaian herba istimewa yang terpilih dalam program rawatan kesuburan untuk jangkamasa 3-6 bulan seperti herba Pembersih Dalaman yang terdiri dari Mustajab Lawas Kencang, Lawas Angin, Lawas Segar atau dalam bentuk tablet PhytoCleanse, PhytoCleanse Plus, Phytox, Akar Herbanika (minuman anti oksidan) dan juga herba pelembap Madu Tenaga Segar. Amalan herba-herba di atas dalam program rawatan akan membantu memulihkan kembali kesuburan dengan memastikan kesihatan sistem reproduktif terutamanya berada pada tahap yang baik. Insya Allah. 

Selain dari mengikuti pengamalan rangkaian herba di atas,anda turut dinasihatkan untuk mengamalkan minuman "Resepi Susu kamasutra Berhalba" bagi tujuan mengalakkan penghasilan kualiti dan kuantiti sperma lelaki yang lebih sihat dan aktif.

Kembali ke atas ^

43. Saya masih menyusukan bayi yang berusia 3 bulan, adakah selamat untuk saya meneruskan susuan sekiranya saya mengamalkan herba pembersih dalaman atau produk Herbanika. Adakah ia akan mendatangkan kemudaratan terhadap bayi saya ?
Penerusan penyusuan badan kepada bayi oleh ibu–ibu yang masih meneruskan pengamalan herba pembersih dalaman seperti minuman Akar Herbanika, PhytoCleanse, PhytoCleanse Plus, PhytoNatal dan Madu Tenaga Segar sebagai supplemen harian kesihatan adalah selamat. Sementara tablet Phytox dan Madu Nona Harmonis hanya boleh diamalkan 2 x seminggu seperti dosej yang disarankan. Kesemua produk Nona Roguy kecuali dua yang disebut di atas adalah selamat untuk diamalkan oleh semua individu tanpa mengira usia dan jantina . oleh kerana resepi rahsia herba–herba itu diformulasikan secara unik sebagai antidot / penawar dalam bentuk makanan supplemen yang bukan sahaja membantu menyembuh dan mengatasi pelbagai jenis masalah maka ia juga tidak akan menimbulkan kemudaratan kepada kesihatan malah berupaya membantu meningkatkan kesihatan ibu dan bayi yang disusui . 

Bagi ibu yang masih menyusukan bayi boleh memilih untuk mengamalkan herba–herba di atas secara harian ataupun selang sehari bergantung kepada keperluan setiap individu. Akan tetapi untuk keselamatan , kebiasaannya kami akan menasihatkan pengambilan herba hanya dimulakan setelah mereka terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dosej herba yang bersesuaian sepanjang tempoh penyusuan mereka dari konsultan produk kami. 

Sekiranya pada bila-bila masa tempoh pengambilan produk ,bayi anda mengalami ketidakselesaan ataupun pengeluaran najis cair melebihi 5-6 x sehari maka dinasihatkan untuk ibu-ibu menurun atau mengurangkan dosej /sukatan ataupun menghentikan buat sementara waktu penerusan pengamalan herba dan merujuk masalah yang mereka hadapi bagi mendapatkan nasihat selanjutnya dari konsultan produk kami.

Kembali ke atas ^

klik disini untuk ke Soalan 1 hingga 20.

Powered by: dumei.com