Soalan-soalan Lazim

F.A.Q : SOALAN-SOALAN LAZIM NONA ROGUY (NR)

Senarai Soalan-Soalan Lazim yang kami sering terima. Semoga dapat membantu anda untuk lebih memahami produk & amalan pemakanan Nona Roguy (NR).

 

  1. Mengapa tersangat penting disyorkan pengamalan rangkaian herba pembersih dalaman?
     
  2. Berapa kerapkah seseorang itu seharusnya mengadakan pergerakan pembuangan air besar setiap hari?
     
  3. Apakah produk-produk yang tersenarai di bawah rangkaian pembersih dalaman Nona Roguy?
     
  4. Adakah rangkaian Mustajab Pembersih dalaman selamat untuk diamalkan?
     
  5. Bilakah masa yang paling sesuai untuk memulakan pengamalan produk pembersih dalaman itu?
     
  6. Berapa cepatkah proses pembersihan dalaman ini mula bertindak?
     
  7. Apa yang dapat saya harapkan dengan pengamalan produk pembersih dalaman?
     
  8. Apakah kebaikan yang boleh diterima hasil pengamalan produk herba pembersih dalaman?
     
  9. Bagaimana rangkaian pembersihan dalaman Nona Roguy membantu memelihara kesihatan keseluruhan tubuh?
     
  10. Bolehkah setiap satu dari herba pembersih dalaman itu diambil secara individu?
     
  11. Mengapa tersangat penting pengesyoran herba pembersih dalaman diambil secara gabungan?
     
  12. Adakah dengan pengambilan herba pembersih dalaman boleh membuatkan seseorang itu seharian ke tandas?
     
  13. Apakah perbezaan antara herba berbentuk serbuk dan tablet?
     
  14. Bagaimanakah pengesyoran cara pengamalan herba yang betul?
     
  15. Berapa cepatkah kesan kebaikan dapat dirasakan setelah memulakan pengamalan herba tersebut?
     
  16. Berapa lamakah seseorang individu itu perlu meneruskan pengambilan herba pembersih dalaman?
     
  17. Bolehkah turut mengambil supplemen lain semasa mengamalkan produk herba pembersih dalaman?
     
  18. Bolehkah kanak-kanak dan bayi mengamalkan herba Pembersih Dalaman?
     
  19. Apakah kebaikan yang boleh diperolehi hasil minuman Akar Herbanika?
     
  20. Adakah pengamalan herba Nona Roguy terutamanya rangkaian pembersih dalaman (Mustajab Lawas Kencang, Lawas Segar, Lawas Angin, PhytoCleanse, PhytoCleanse Plus dan Phytox) untuk satu jangkamasa yang panjang boleh menjuruskan kepada permasalahan penipisan atau perlubangan lapisan dinding perut dan usus?

klik disini untuk ke Soalan 21 dan seterusnya.

Jawapan lengkap untuk Soalan-soalan Lazim di atas.

1. Mengapa tersangat penting disyorkan pengamalan rangkaian herba pembersih dalaman?
Kami percaya keunggulan pembersihan dalaman sistem organ dalaman tubuh merupakan langkah pertama ke arah pemastian pemeliharaan kesihatan tubuh yang sihat. Pengamalan rangkaian herba pembersihan dalaman juga memperlengkapkan proses pemeliharaan tahap kesihatan tubuh seseorang dimana ia bukan sahaja akan dapat membantu menghapuskan kekotoran dalaman, mengeliminasikan impuriti atau kotoran yang menimbun dan yang lama terhimpun di sepanjang trek penghadaman dan organ usus malah ia membantu membersih serta menyucikan darah dalaman organ tubuh, membantu menguatkan kembali kelemahan tubuh dan membantu memelihara daya pertahanan dan mempertingkatkan lagi kekuatan sistem immun dari invasi organisma mikro, keracunan dan pencemaran alam sekitar. 

Sekiranya kotoran tidak dihapus/buangkan dan berterusan dibiarkan menimbun di dalam tubuh. 

"Bakteria akan mula membiak dan mengundang kemunculan penyakit" 

< Kembali ke atas >

2. Berapa kerapkah seseorang itu seharusnya mengadakan pergerakan pembuangan air besar setiap hari?
Walaupun sesetengah doktor berpendapat pembuangan air besar 2-3 x seminggu itu adalah normal namun bagi memastikan sistem organ dalaman tubuh sentiasa dalam keadaan "teratur"(sihat), seharusnya seseorang individu itu dapat memastikan pergerakan pembuangan air besar mereka berlaku antara 2-3 x setiap hari sebaik sahaja setiap kali setelah makanan diambil. Pembuangan air besar 2-3 x sehari itu dianggapkan normal dan tidak membebankan.

Kembali ke atas >

3. Apakah produk-produk yang tersenarai di bawah rangkaian pembersih dalaman Nona Roguy?
Produk-produk yang termasuk dibawah rangkaian pembersih dalaman Nona Roguy adalah Mustajab Lawas Kencang, Mustajab Lawas Angin, Mustajab Lawas Segar manakala PhytoCleanse, PhytoCleanse Plus dan Phytox didatangkan dalam bentuk bio tablet yang baru.

Kembali ke atas >

4. Adakah rangkaian Mustajab Pembersih dalaman selamat untuk diamalkan?
Ya !, Rangkaian herba Mustajab Pembersih dalaman Nona Roguy dijamin selamat untuk diamalkan oleh semua orang oleh kerana kandungan ramuan herba pusaka tradisi keluarga ini telah lama diamalkan dari generasi ke generasi sejak dari kurun ke 12 lagi. Berbekalkan resepi pembuatannya yang unik hasil rumusan pengabungan herba-herba asli yang mengandungi pelbagai sumber vitamin, garam galian dan elemen semulajadi dari khazanah hutan hujan tropika . Rangkaian herba produk keluaran syarikat kami telah diproses melalui pengunaan mesin-mesin pemprosesan yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Amalan herbanya telah terbukti akan keselamatan dan keberkesanan pengamalannya sejak dari generasi kegenerasi keseluruhannya . rumusannya bebas dari sebarang bahan pewarna atau pengawet tiruan,dadah dan juga bahan kimia. 

Akan tetapi oleh kerana pengamalan produk herba Nona Roguy juga kerapkali telah disalahgunakan, maka pihak Konsultan Produk amat mengesyorkan agar setiap bakal pengamal untuk mendapatkan terlebih dahulu konsultansi penerangan ataupun membaca pada label produk dan mengamalkannya dengan dosej yang betul sepertimana yang disyorkan. Selagi anda mengambilnya seperti yang disyorkan ,anda tidak akan mengalami sebarang masalah dengan produk berjenama Nona Roguy.

Kembali ke atas >

5. Bilakah masa yang paling sesuai untuk memulakan pengamalan produk pembersih dalaman itu?
Anda boleh memulakan pengamalan produk ini pada bila-bila masa sahaja. Bagi mengelakkan dari mengalami ketidakselesaan dan gangguan semasa waktu bekerja kesan dari kekerapan pengulangan ke tandas , dinasihatkan mereka yang bekerja dari hari Isnin sehingga Jumaat , mulakanlah pengambilan pertama herba pada waktu sebelah petang atau malam hari Jumaat dan Sabtu (sekitar jam 6-12 mlm). 

Ini bagi membolehkan anda menyesuaikan diri dengan keseluruhan program proses pembersihan selama 2 hari pertama itu ketika berada di rumah. Dikala melalui 2 hari proses pertama pembersihan itu ,anda akan mendapati peningkatan kekerapan pergerakan pembuangan air besar dan juga peningkatan jumlah bahan buangan yang berjaya dikeluarkan . Untuk hari-hari seterusnya,anda akan dapat mengatur sendiri dosej herba serta jadual masa bila sepatutnya anda mengamalkannya.

Kembali ke atas >

6. Berapa cepatkah proses pembersihan dalaman ini mula bertindak?
Kebanyakan penggamal terutamanya yang mengambil herba dalam bentuk serbuk akan mula merasai gesaan yang kuat untuk ke tandas 4-6 jam selepas pengambilannya manakala pengamalannya dalam bentuk tablet pula akan mula merasai gesaan sepenuhnya 8-12 jam kemudian. Walaubagaimanapun kekerapan pengulangan ke tandas lebih dari 3-4 x sehari berlaku pada semua pengamalnya.

Kembali ke atas >

7. Apa yang dapat saya harapkan dengan pengamalan produk pembersih dalaman?
Anda akan mendapati pergerakan harian pembuangan air besar yang lebih teratur dan juga setiap pengeluaran/evakuasi sisa buangan najis yang lebih lengkap dan puas.

Kembali ke atas >

8. Apakah kebaikan yang boleh diterima hasil pengamalan produk herba pembersih dalaman?

  • Eliminasi /pembuangan air besar harian yang lebih teratur : 2-4 kali sehari.
  • Memperbaharui tenaga tubuh
  • Penghadaman dan eliminasi yang lebih lancar dan mudah.
  • Daya pemikiran yang lebih jelas
  • Memperbaiki keadaan tahap kecerdasan mental dan fizikal.

Kembali ke atas >

9. Bagaimana rangkaian pembersihan dalaman Nona Roguy membantu memelihara kesihatan keseluruhan tubuh?
Ia berupaya membantu memelihara sistem pembuangan harian air besar dengan lebih teratur, membersih dinding usus dan menghapuskan pengumpulan toksik dalaman tubuh. Perlu diingatkan bahawa tubuh badan yang bersih dari segala penimbunan toksik merupkan langkah pertama pemastian kesihatan tubuh keseluruhannya. 

"Kesihatan tubuh yang baik bermula dengan hasil pengakhirannya iaitu Usus yang sihat!"

Kembali ke atas >

10. Bolehkah setiap satu dari herba pembersih dalaman itu diambil secara individu?
Ya boleh !. Herba-herba pembersih dalaman itu boleh diamalkan secara individu oleh kerana setiap satu daripada herba-herba pembersih dalaman itu menjalankan fungsinya dengan kesan yang tersendiri . Akan tetapi kami amat mengesyorkan pengamalan herba-herba itu secara kombinasi/ gabungan terutamanya dalam bentuk serbuk. Ini adalah pengabungannya dapat membantu mempercepatkan lagi masa dan proses eliminasi/ pembuangan sisa penimbunan kotoran dan sisa toksik dari sistem organ usus yang lembab.

Kembali ke atas >

11. Mengapa tersangat penting pengesyoran herba pembersih dalaman diambil secara gabungan?
Pengambilan herba pembersih dalaman secara gabungan berupaya menghasilkan kesan yang lebih efektif dimana ia akan dapat membantu :

  • Mempercepatkan proses pembersihan dan detoksifikasi dengan lebih pantas .
  • Menyegerakan proses penyembuhan, penyingkiran punca penyakit dalaman sistem tubuh sekaligus mengatasi pelbagai masalah.
  • Mempermudakan keadaan sel-sel,tisu-tisu dalaman dan luaran tubuh.
  • Memperlambatkan proses penuaan.

Kembali ke atas >

12. Adakah dengan pengambilan herba pembersih dalaman boleh membuatkan seseorang itu seharian ke tandas?
Jawapannya ialah Ya dan Tidak!. Sebenarnya jumlah kekerapan pengulangan ke tandas adalah berbeza bagi setiap individu itu bergantung kepada faktor berat tubuh setiap individu dan dosej / sukatan pengambilan herba. 
Bagi sesetengah pengamal berkemungkinan besar selama beberapa hari yang pertama pengamalan herba akan mengalami kekerapan pembuangan air besar antara 3-5 kali sehari manakala sesetengahnya pula sehingga 6-8 kali sehari. 

Corak pembuangan harian air besar setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain, sesetengah individu mungkin mengalami sembelit jenis berat atau istilah perubatan "kompaksi" dimana berkemungkinan tidak berupaya untuk mengadakan pembuangan air besar sehingga memasuki hari kedua dan seterusnya. Diet pemakanan seharian yang diambil serta tahap penimbunan impaksi najis dalam usus mereka juga memainkan peranan dalam menentukan bilangan pergerakan pembuangan yang bakal dialami oleh setiap individu itu. 

Walaubagaimanapun ,tidak perlu dikuatirkan oleh kerana kekerapan pengulangan ke tandas ini hanya akan berlaku untuk beberapa hari pertama sahaja permulaan pengamalan pembersih dalaman. Ia akan kembali pulih seperti sediakala / normal selepas selesai melengkapkan program pembersihan asas 2 minggu pertama.

Kembali ke atas >

13. Apakah perbezaan antara herba berbentuk serbuk dan tablet?
Sebenarnya, tidak terdapat perbezaan ketara di antara kedua bentuk herba oleh kerana kedua-duanya akan memberikan khasiat kebaikan yang sama. Yang membezakan kedua-dua bentuk herba itu hanyalah jumlah penyerapan dan penyebaran dimana herba bentuk serbuk adalah lebih cepat disebarkan iaitu antara 4-6 jam selepas diambil dan cepat menghasilkan tindakan pembersihannya berbanding bentuk tablet iaitu 8-12 jam. Herba dalam bentuk serbuk juga turut boleh digunakan bagi membuat pes herba untuk kegunaan pelbagai perawatan luaran tubuh.

Kembali ke atas >

14. Bagaimanakah pengesyoran cara pengamalan herba yang betul?
Aturan pengesyoran pengamalan herba pembersih dalaman bergantung kepada corak pembuangan harian air besar, umur dan tahap kesihatan setiap individu sebagai contoh : 

Bagi individu yang mempunyai pembuangan air besar jenis sensitif : 

Disyorkan pada 2-3 hari pertama mereka memulakan pengambilan harian 3-4 mug minuman Akar Herbanika di ikuti dengan penambahan ½ - 1 skop Mustajab Lawas Angin. 

Keesokannya pula amalkan : ½-1 skop Mustajab Lawas Segar. 

Andaikata memilih dalam bentuk tablet : amalkan 1-2 tablet Phyto Cleanse . 

Herba di atas perlulah diamalkan bersama 1 mug minuman Akar Herbanika .

Bagi individu yang mempunyai pembuangan air besar jenis normal : 

Mereka bolehlah mengabungkan samada 1-2 skop Mustajab Lawas Kencang + 1-2 skop Mustajab Lawas Angin atau kombinasi 1-2 skop Mustajab Lawas Segar + 1-2 skop Mustajab Lawas Angin (boleh diamalkan secara selang sehari). Sekiranya mereka lebih menyukai bentuk tablet maka amalkanlah 1-2 tablet PhytoCleanse atau 2 tablet Phytox ataupun mengabungkan 1-2 tablet PhytoCleanse dengan 1-2 tablet Phytox. Penerusan pengamalan 3-4 mug minuman Akar Herbanika setiap hari adalah amat disyorkan.

Bagi individu yang mempunyai pembuangan jenis sembelit (berat) : 

Teramat disarankan pengamalan gabungan 1-3 skop Mustajab Lawas Kencang + 2-3 skop Mustajab Lawas Lawas Angin diselang selikan keesokan hari dengan 2 skop Mustajab Lawas Segar + 2 skop Mustajab Lawas Angin. Gabungan ini haruslah diamalkan selama 3 hari berturut-turut diikuti dengan 1 hari berehat tanpa pengambilan herba pada hari ke keempat. Pada 3 hari berikutnya, ulangi semula aturan yang sama seperti di atas. Keseluruhan program pembersihan seharusnya di teruskan selama 14 hari atau 1 bulan. 

Jika sekiranya mereka menyukai pengambilan dalam bentuk tablet pula :- pada 3 hari pertama amalan kombinasi 3-4 tablet PhytoCleanse Plus + 3-4 tablet Phytox adalah sangat disyorkan di ikuti 1 hari berehat disusuli 3 hari kemudiannya 2-3 tablet PhytoCleanse Plus + 2 tablet Phytox. 

Dosej atau sukatan yang diberikan di atas hanyalah sebagai cadangan , anda bolehlah menaikkannya sehingga 5-6 tablet ataupun mengurangkan kepada 2 tablet setiap hari bergantung kepada kehendak dan keselesaan setiap individu. Penerusan minuman pati pekatan Akar Herbanika sebanyak 4-6 mug setiap hari adalah teramat disyorkan terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit/kompaksi yang kuat/berat (disediakan dengan merebuskan 4-5 uncang Akar Herbanika bersama 1 liter air).

Kembali ke atas >

15. Berapa cepatkah kesan kebaikan dapat dirasakan setelah memulakan pengamalan herba tersebut?
Sesetengah individu dapat merasai kesan positif proses pembersihan dalaman dalam jangkamasa yang singkat sahaja diantara 3-4 hari setelah memulakan pengamalan herba manakala sesetengah individu pula berkemungkinan akan merasai perbezaannya hanya selepas 1-2 minggu kemudiannya. Bagi individu pengamal yang mengalami masalah kesihatan atau penyakit yang serius pula , mereka mungkin akan hanya merasai kesan sepenuhnya khasiat pengamalannya di antara 1-3 bulan kemudian . 

Maklumbalas terhadap pengamalan rangkaian herba pembersihan dalaman berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi kembali konsultan herba kami di talian 012-3220566 atau boleh menghantar email kepada info[@]nr2u.com

Kembali ke atas >

16. Berapa lamakah seseorang individu itu perlu meneruskan pengambilan herba pembersih dalaman?
Sekiranya anda suka dan berasa selesa maka anda bolehlah meneruskan pengamalan produk herba pembersih dalaman pada setiap hari. Ini adalah kerana produk herba pembersih dalaman Nona Roguy telah terbukti selamat diteruskan pengamalannya sebagai makanan sampingan kesihatan tambahan yang membantu mengalak dan menjaga kestabilan kesihatan tubuh tanpa memberikan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan. 

Bagi tujuan penyembuhan dan pemeliharaan kesihatan tertakluk kepada masalah yang dihadapi oleh setiap pengamal, terlebih dahulu mulakan program awalan herba pembersihan dalaman selama 2 minggu diikuti kemudiannya program rawatan intensif penjagaan kesihatan untuk jangkamasa yang akan disyorkan oleh pihak konsultan.

Kembali ke atas >

17. Bolehkah turut mengambil supplemen lain semasa mengamalkan produk herba pembersih dalaman?
Sekiranya anda ingin mengambil sebarang supplemen atau makanan tambahan lain, sila pastikan ianya diamalkan 1–2 jam sebelum atau selepas pengambilan herba pembersih dalaman. Setelah sistem gastro usus anda selesai melalui proses pembersihan, tubuh anda akan lebih berupaya melakukan penyerapan supplemen dan nutrisi dari bahan makanan secara lebih efektif.

Kembali ke atas >

18. Bolehkah kanak-kanak dan bayi mengamalkan herba Pembersih Dalaman?
Ya boleh !. Kaum remaja, kanak-kanak dan bayi (usia 6 bulan ke atas) juga boleh mengamalkan herba pembersih dalaman Nona Roguy dengan selamatnya mengikut dosej atau sukatan yang disyorkan. Remaja dan kanak-kanak dari usia 7-12 tahun disyorkan mengambil herba mengikut corak pembuangan harian air besar mereka. Teramat disyorkan untuk mendapatkan khidmat nasihat / konsultansi berkaitan dosej yang betul terlebih dahulu. 

Bagi amalan bayi dan kanak-kanak usia 6 tahun ke bawah, kami amat mengesyorkan pengurangan dosej herba mengikut berat badan dan keperluan mereka. Buat permulaannya kepada kanak-kanak terutamanya untuk bayi, anda boleh memperkenalkan:- ¼-1/2 botol minuman Akar Herbanika 1 kali setiap hari. Untuk menjamin keselamatan, kami amat mengesyorkan agar anda terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pihak konsultan sebelum memulakan pengambilan sebarang jenis herba bagi kanak-kanak di bawah usia 7 tahun.

Kembali ke atas >

 

19. Apakah kebaikan yang boleh diperolehi hasil minuman Akar Herbanika?
Akar Herbanika merupakan minuman herba kesihatan harian bercirikan Anti Oksidan yakni Anti Keracunan darah untuk amalan seisi keluarga. Disediakan secara istimewa hasil rumusan pemilihan akar herba dan rempah ratus terpilih. Ia adalah minuman herba pelengkap kepada program proses pembersihan dalaman tubuh. Menjalankan proses penyucian secara lembut terhadap usus. 

Pengambilannya setiap hari dapat membantu menambahkan tenaga tubuh dengan cara membersih darah, menambah kecantikkan kulit, memperbaiki fungsi pelbagai organ dalaman seperti buah pinggang, pundi kencing, hati, sistem pernafasan dan sistem organ reproduktif / pembiakan kaum wanita dan lelaki.

Kembali ke atas >

20. Adakah pengamalan herba Nona Roguy terutamanya rangkaian pembersih dalaman (Mustajab Lawas Kencang, Lawas Segar, Lawas Angin, PhytoCleanse, PhytoCleanse Plus dan Phytox) untuk satu jangkamasa yang panjang boleh menjuruskan kepada permasalahan penipisan atau perlubangan lapisan dinding perut dan usus?
Tidak !. Ini adalah kerana formulasi produk herba Nona Roguy tidak mengandungi sebarang kandungan bahan bersifat asidik atau merbahaya di dalam resepi pembuatannya yang boleh mengundang kemudaratan sekiranya herba–herba itu diamalkan mengikut dosej harian seperti yang disyorkan oleh konsultan kami yang terlatih. 

Ramuan utama produk herba Nona Roguy mengandungi gabungan rempah ratus dan herba yang turut sama menjadi makanan harian kita. Ianya kemudiannya diformulasikan secara unik menjadi herba dengan khasiat penawar bertindak sebagai makanan tambahan kesihatan yang selamat untuk diamalkan oleh semua individu.

Kembali ke atas >

klik disini untuk ke Soalan 21 dan seterusnya.

 

Powered by: dumei.com